Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Diary

MELODI DALAM MUSIKKU


PART 1


   Suasana malam menyelubungi diriku ketika aku sedang berbaring memikirkan masa hadapan aku.Aku Azrel seorang remaja lepasan STPM di sebuah sekolah menengah daerah barat daya.Isnin lalu adalah hari terakhir aku menduduki peperiksaan pengajian perniagaan.aku membayangkan detik-detik aku menjawab peperiksaan tersebut.Aku seorang remaja biasa yang pendiam dan menghabiskan masa aku dengan bermain alat musik iaitu biola yang merupakan harta terakhir aku yang merupakan pemberian terakhir dari ayahku sebelum dirinya meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu hendak pulang ke rumah menyambut hari lahirku pada masa itu.
   Aku adalah anak tunggal dan tiada berteman hanya ibundaku dan rumah yang tidak sebesar dan hanya mampu berlindung dari panas dan hujan.Aku kasihan pada ibuku yang sentiasa bersusah untukku dan setiap deritanya tidak pernah diluahkan padaku tetapi melihat pada raut wajahnya aku melihat wajah yang suram dan keletihan menyelubungi dan kerut-kerut di dahinya menampakkan ibuku sedang bersedih mengenang nasib kami sekeluarga.Aku sentiasa membantu ibuku berkerja di waktu petang menjual kuih-muih berhadapan rumah kami.Aku berjanji bahawa satu hari nanti aku akan membalas jasa ibuku dan aku akan menjaga selagi nafasku ada aku akan sentiasa berada disisinya.
   Awan hitam pada waktu petang menunjukan bahawa tanda hendak hujan dan aku berada di pondok kecil yang dibina oleh arwah ayah bersama aku dan disitu aku mengembirakan hatiku jika aku dalam keadaan sedih atau sepi.Biola peninggalan arwah menjadi sahabat baikku kerana aku seorang pemalu dan jarang bergaul terutama dengan wanita.wanita dalam kelas aku tak ramai tapi aku suka pada seorang wanita dalam kelas aku kerana wajahnya yang manis dan perwatakannya menarik perhatian aku untuk setiap hari melihatnya.setiap hari aku akan memandang wajahnya membuatkan aku tak dapat lupakan dia.Aku abadikan perasaan sayang aku terhadapnya dalam lagu-lagu aku.Lagu pertama aku hasilkan ialah melodiku yang menceritakan kecantikannya......(BERSAMBUNG)
NANTIKAN SIAPA GADIS TERSEBUT PADA PART 2...






PART 2


   cinta adalah satu perasaan yang indah.Manusia diciptakan berpasangan dan untuk menyanyangi antara satu sama lain.JAZZMYRA adalah gadis yang aku maksudkan dan aku abadikan dalam setiap melodiku.Wajahnya menarik mata aku untuk memandang dan senyuman yang dilontarkan serta suaranya membuat aku sering jadikan dia sebagai sumber inspirasi aku mencipta lagu.Dia gadis yang sama kelas dengan aku tapi perbezaan darjat antara kami membuatkan aku merasa malu untuk menghampirinya.Bapanya seorang usahawan yang berjaya dan ibunya adalah ceo bagi badan NGO.Mereka merupakan keluarga yang berjaya.Adakah aku sesuai untuk dirinya?itulah yang menjadi persoalan dalam mindaku ini.
   Aku lebih gemar memanggil myra berbanding rakan-rakan yang lain disebabkan mereka gemar memanggil nama jazz.Myra adalah seorang yang baik hati tapi disebabkan kekayaan keluarganya dia mementingkan kebendaan.Ramai cuba untuk mendekatinya tetapi dia bukan mudah untuk didekati.Dia merupakan pelajar cemerlang disekolah aku.Kepandaiannya membuatkan aku tak mampu untuk mendekatinya.
   Selepas pulang dari sekolah seperti biasa rutin aku duduk di pondok yang merupakan tempat aku melepaskan kebosanan serta mencari ketenangan.Suasana petang ini seolah-olah ingin memberitahu aku sesuatu,aku merasakan sesuatu yang pelik pada hari ini tak seperti hari-hari sebelumnya.Jantung aku berdegup kencang seolah-olah ada seseorang ingin datang ke rumah aku.
   Perasaan itu akhirnya terjawab,kereta BMW berwarna hitam memasuki halaman rumah aku.aku kebingungan melihat kereta tersebut kerana aku merasa seperti pernah melihat tetapi aku tak pasti siapa di dalam kereta tersebut.Aku yang bersama biola kesayangan aku terus menuju ke arah kereta tersebut tanpa ada rasa sangsi mungkin tuan punya kereta tersebut ingin bertanya jalan.Tiba-tiba aku terkejut apabila pintu kereta sebelah kiri dibuka dan aku terkejut melihat myra yang keluar dari kereta tersebut dan terus senyum pada aku.Aku pada masa itu kaku tanpa berkata apa-apa dan aku hanya mampu membalas senyumannya sahaja....(bersambung)
KENAPA MYRA DATANG KE RUMAH AZREL?NANTIKAN PADA PART 3...TERIMA KASIH