Saat Ketika Waktu Malam
sunyi tiada bunyi-bunyian
hanya terdengar rintihan hujan yang menyelubungi malam
malam yang indah dek kerana bintang hilang serinya akibat titisan air mata
titisan air mata hujan membasahi pipi bumi mengamit suasana sayu menyelubungi sanubari
kala kelemasan mengamit luka bak ditusuk sembilu
air mata bulan mengalir jatuh menjadi tadahan setiap insan
naluri bulan,perasaan bulan hilang ditelan kepahitan kegelapan kehidupan
serak suara menjadi nadi kelukaan mendalam
apabila nada-nada muzik menjadi siulan akhirnya jatuh didalam kegelapan
menarik permainan dunia mempunyai hakimnya dan peguamnya
persoalan demi persoalan
jeritan demi jeritan
kala masa berlalu
jalan yang disusuri akhirnya terhenti jatuh dalam lembah persoalan
mengapa ini terjadi
tiada noktah
tiada seru
tiada soal
akhirnya retak permata
menangis air mata bulan
No comments:
Post a Comment